Konsol permainan PS5 telah menjadi rebutan di kalangan peminat konsol di seluruh dunia sehinggakan kehabisan stok di dalam talian mahupun di kedai elektronik. Permintaan PS5 dilihat sangat tinggi sejak berlakunya pandemik disebabkan orang ramai meluangkan lebih banyak masa di rumah.

Menerusi perkongsian maklumat terkini, dilaporkan Sony sedang membangunkan PS5 Pro yang dijangka bakal dilancarkan menjelang tahun 2023 atau 2024. Terdapat spekulasi yang timbul di mana Sony juga mungkin menyasarkan konsol permainan generasi baharu mereka mampu mejalankan permainan dengan resolusi sehingga 8K.

Sumber Gambar: Tom’s Guide

Buat masa ini, masih belum diketahui maklumat lanjut berkenaan spesifikasi model baharu ini. Akan tetapi, disahkan Sony sedang membangunkan sebuah konsol permainan terbaharu yang dinaik taraf daripada model PS5 dalam menawarkan pengalaman permainan yang lebih menarik buat para peminat.

Setakat ini, Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan konsol permainan generasi terbaharu daripada mereka. Di samping itu, model terbaru ini dijangka bakal ditawarkan pada harga sekitar $600 (~RM2,485) ke $700 (~RM2,899). Meskipun ditawarkan dengan harga yang tinggi, pastinya harga bukan masalah bukan masalah sekiranya ditawarkan dengan fungsi dan spesifikasi yang berbaloi.

Di Jepun, butik elektronik terkemuka terpaksa membatalkan jualan PS5 oleh kerana terlalu ramai yang berebut untuk mendapatkan konsol permainan tersebut. 

https://www.thevocket.com/terlalu-ramai-resellers-hadir-butik-elektronik-terkemuka-di-jepun-batal-jualan-ps5/

https://www.thevocket.com/mahu-jual-semula-ps5-dengan-harga-sehingga-rm6000-tindakan-pemuda-ini-diperli-netizen/

Sumber